Tuesday 13 January 2009

cerita lagi...

BUDAK KELANTAN FILEM JUJUR…

Budak Kelantan sebuah filem yang unik dan berani kerana menjadikan fenomena penghijrahan anak Kelantan ke ibu negara Kuala Lumpur sebagai latar belakang ceritanya.

Semasa menulis rencana ini saya sebenarnya belum lagi menonton filem Budak Kelantan. Namun apabila mendengar komen rakan-rakan yang menonton pratonton dan juga membayar tiket menontonnya di pawagam, semuanya menyarankan saya ke panggung. Tergerak juga hati."Pergilah... rugi kalau tak sempat tonton Budak Kelantan," kata kawan2. Ramai lagi yang berpandangan serupa.

Memang saya nak tonton selepas ini. Kebetulan saya pun berasal dari Kota Bharu, Kelantan. Ape yang saya tahu, Judul asal filem tersebut daripada ilham Wan Azli ialah Koya Best (Berangan Bagus). Tapi menukar tajuk demi pemasaran mengikut kehendak penerbit, Grand Brilliance. Filem terbitan Alternate Studio mengisahkan sekumpulan pemuda yang semasa kecil membesar bersama di kampung mereka di Kelantan dan bertemu kembali di Kuala Lumpur bila dewasa. Di sini, kita ikuti sisi hitam yang mewarnai pergaulan mereka.

Budak Kelantan mengisahkan bagaimana pertemuan dua sahabat sekampung, Buchek (Danny X-Factor) dan Jaha (Asrulfaizal Kamarulzaman) yang berlainan corak hidup memberi kesan terhadap perjalanan itu. Buchek yang cuba membantu Jaha kembali ke jalan lurus, sedia melepaskan teman wanitanya, Che Nor (Bienda). Mampukah cinta mengubah kehidupan manusia seperti tanggapan Buchek?
Same-same la kite tonton…

1 comment:

  1. erm....xder ler bez sgt...ok ler....
    tp....cm bg -ve effect gak coz org lua akn aggp cam dak2 klate hok g bndar jadi xbtol blako...huhu...
    meme ah ado jgok ler pngajare lam cito tuh...

    4me.... everage jer cite nie...
    *kalu sume ore jhat leh jd baek sbb cinte...hmm....anugerah...... tp,law org baek jd jhat sbb cinte....eiy...camne tuh....he3

    ReplyDelete