Monday, 20 April 2026

Lawat Tapak Sekolah Baru

 19.04.2026 - Dalam kesibukan mencari tarikh sesuai utk ke SK Pulat (pemantauan), tetiba bos aku minta aku utk ke sekolah berkenaan awal lg, katanya iring pegawai atasan tengok sekolah, aku akur dgn tugasan diberi. Dalam pelaksanaan ada beberapa perkara yang x best dan ada jgk yang best. Yg x best nya masa nak naik Hilux bersama dgn org atasan, kena goncang dek hilux, kena soal mcm2, tp ape yang best aku dpt pengalaman baru tgk sekolah baru. Dalam kepala dah mcm2 pikir.. tarik network la jawabnya..

#tambah keje la aku pahni

Monday, 13 April 2026

Kepuasan

 Bila mari masa xde kijaan, kepala otak aku dah mula barai.. gelisah x tentu arah, kepala duk pikir keje ape yang nk create. Pandang kiri kanan takut perasan dek org lalu lalang. Risau nanti org pikir makan gaji buta.

#Luahan penjaga kaunter

Sunday, 12 April 2026

Jamuan Raya Opis


 Hari ni jamuan raya opis.. ambo bahagian sate. Meriah la jugak juadah kali ni. Ambo x mkn pagi dumoh td meme nak belasah sini. Ape2 pun ambo dh dua kali tukar baju.. panas beb..

#Main asap satey pagi ni

PIBG Sekolah anak

 11.04.2026- Sekolah anak ada buat Mesorat Agung PIBG, ambo mari sore jah sbb ore rumah bizi settle kijoan rumah. Mula pukul 9.00pg balik 3.30ptg, gini la demi ank. Bnyak nasihat dorongan ambo bg pada ank sulung kesayangan. Maklumlah tgh "homesick" lagi duduk asrama. Ape2 pun gini la tanggungjawab..

#kena kuat demi anak

Thursday, 9 April 2026

Mula Coret Semula

 Tangan dh mula nk petik keyboard untuk ungkap kisah-kisah seharian. Dan hari ni adalah penghujung minggu khamis, dalam kepala esok dah cuti.. 

#Walau cuti pun aku still membizi..argh..

Bismillah..

 Last 2022, kembali mencoret.. idea xde sgt, cuma x nk bg kisah ni berenti setakat nih.. ape2 pun.. kita cuba update sekat mampu.. bnyak kene belajar semula sbb dashboard dah nampak lain. Dulu bercerita tentang diri sebelum berumah tangga, skrg dh mula sibuk.. masa kian berlalu... tunggu coretan seterusnya pulak..

Tuesday, 8 February 2022

Bismillah..

 Last 2017

Update 2022

5 Tahun berlalu... Lama x buka blog, Alhamdulillah masih bernyawa. Dah berkarat agaknya. xde benda nk coret kali ni. Cuma bersyukur bila diberi peluang untuk kembali mencoret. 

#diari seorang pemilik blogger

Wednesday, 13 September 2017

Bisnes

Jatuh dan bangun dalam bisnes
=======================
Mak saya selalu sebutkan dan pesan pada saya yang dalam kehidupan ini untuk kita sampai sesuatu distinasi yang kita nak tuju, kekalahan dan kemenangan kecil itu adalah seperti kaki kiri dan kaki kanan. Kita pasti akan jumpa kesukaran dalam melangkah dan kita akan jumpa kemenangan dalam melangkah menuju kejayaan target sebenar.
"Jika mendung dan hujan itu seolahnya kedukaan dan panas mentari selepas hujan itu adalah keceriaan. Kita perlukan keduanya untuk melihat kebahagiaan indahnya pelanggi".
Ramai orang sukakan kemenangan dan kejayaan dari lebih ramai yang bencikan dengan kekalahan dan kegagalan. Sebenarnya kekalahan dan kegagalan itulah sebenarnya guru terbaik dalam kehidupan kita untuk kita memperbaiki hidup dari hari ke hari yang mendatang.
-----------------------
BIsnes oh bisnes
=============
Begitu juga dalam kehidupan sebagai seorang usahawan. Dalam bisnes anda akan temui kegagalan dan kejayaan. Anda jangan harapkan hidup anda akan terus hebat tanpa dugaan dan cabaran. Selalu saya dengar yang 9/10 orang yang mula berniaga akan gagal dalam tahun pertama percubaan mereka. Saya tidak pernah mengira secara tepat.
Thsunami kegagalan sebenarnya boleh melanda bila-bila masa dan dengan siapa sahaja. Dalam berniaga kita hanya merancang yang baik-baik sahaja. Kita merancang jualan, stafing, operasi bisnes berjalan baik dan yang lainnya dalam kadar sempurna. Sebaliknya banyak masalah akan timbul dalam perjalanan untuk menuju kejayaan tersebut. Walau anda punya pasukan yang baik, stratigi jualan yang terhebat , belum tentu bisnes anda akan berjalan seperti yang anda rancangkan.
Dalam perniagaan, anda akan jumpa jalan sukar mungkin di permulaan , pertengahan atau dimana sahaja perjalanan bisnes anda, cabaran dan rintangan itu pasti ada. ramai yang angggap mereka akan dibayar dengan kejayaan dengan hasil kerja keras mereka dalam bisnes sebelumnya, itu belum pasti.
Saya pernah dalam peringkat permulaan bisnes, saya hanya ada tinggal RM2 sahaja dalam poket saya dan tiada langsung duit dalam bank. Saya bermula semula. Saya pernah dapat bayaran ratus ribu sehari dan bulan depannya duit tu habis diguna untuk projek seterusnya. Saya pernah ditarik kereta kerana gagal menbayar dengan bank bayaran bulanan nya. Saya pernah mendapat surat merah saman dari bank kerana gagal membayar. Setiap perkara yang berlaku itu saya jadikan pengajaran dan belajar sesuatu darinya untuk tidak lagi berlaku masa hadapan.
Saya pernah mendapat panggilan bank dimana cek yang saya keluarkan kepada pembekal tendang kerana saya tidak menguruskan dengan baik keluar masuk duit dengan betul. Cerita ini boleh anda dengar dengan siapa sahaja yang pernah berniaga. Tetapi itu semua tidak melunturkan semangat saya dalam berniaga dan terus berjuang sehingga sekarang. Ini semua asam garam dalam bisnes.
Saya pasti anda punya cerita sendiri tentang kegagalan dalam bisnes. Jika bukan cerita anda tetapi mungkin cerita kawan-kawan dan saudara mara anda dalam perjuangan bisnes. Ramai orang kita ketawakan kegagalan mereka yang telah mencuba tetapi tidak menilai mereka yang langsung tidak pernah mencuba. Lebih ramai yang diluar sana yang menuding jari dengan bercerita dengan kesalahan dan kegagalan orang lain dalam bisnes tetapi mereka sendiri tak pernah berniaga.
---------
Pilihan
=====
Anda akan terus tenggelam dalam lautan masalah atau anda boleh mengambil keputusan berenang ketepian untuk menyelesaikan masalah anda tadi. Biarkanlah masalah anda dan teruskan perjalanan dan matlamat anda dalam bisnes. Saya belajar banyak sekali cerita kehidupan bisnes dalam perjalanan jatuh bangun bisnes saya.
Kegagalan boleh berlaku bila-bila masa, ianya tidak kira kena kepada syarikat yang kecil atau syarikat yang besar. siapa mahukan kegagalan, lihat sahaja syarikat penerbangan MAS, dengan terhempasnya 2 kapal terbang MH370 dan MH17 menyebabkan syarikat mengalami kerugian yang sangat teruk.
Saya pernah mengalami kerugian beratus ribu dalam bisnes saya yang terpaksa di tutup walaupun bisnes itu pernah berjalan lebih dari tiga tahun. Anda tidak patut malu dengan kegagalan bisnes anda.
Anda tidak boleh menyalahkan takdir dan anda tidak boleh menyesal apa yang telah berlaku. Apa yang anda harus buat dan lakukan adalah menyelesaikan masalah dihadapan anda sekarang. Jika anda lari dari masalah akhirnya masalah itu pasti akan datang semula. Selesaikan satu persatu dan inilah masanya anda perlu bersabar.
" Anda akan sentiasa dilihat salah selagi anda dalam keadaan kalah "
Bila kemiskinan mengetuk pintu, nascaya sahabat dan saudara lari mengikut tingkat. Perkara ini terus begini, selagi kekayaan datang semula kepada mu.
----------
Nasihat
======
Jika anda rasa anda dalam keadaan GAGAL dan tertekan sekarang. Saya nasihatkan untuk anda bertenang, Tarik nafas dalam-dalam dan selesaikan satu persatu. Ada masalah yang anda boleh selesaikan sekarang dan ada masalah yang anda perlu masa untuk menyelesaikan nya. Allah maha pemurah dan pasti memberi jalan penyelesaian nya, tinggal lagi anda perlu banyak bersabar dan teruskan usaha.
Ramai sangat orang yang telah gagal dan berjaya semula. Ada mereka yang pernah gagal dan berjaya semula dengan menulis buku dan berceramah menceritakan kegagalan mereka yang lepas. Anda tidak patut bersedih, anda tidak sentiasanya gagal. Anda adalah orang yang pernah mencuba dan belum berjumpa formula kejayaan.
Berdoalah dan berusahalah untuk keluar dari kegagalan semalam, kesatlah air mata mu. dan terus berdiri gagah tanpa halangan. Anda akan menjadi orang yang lebih hebat.
Secara jujurnya, setiap kegagalan saya yang lepas ada sesuatu hikmah disebaliknya untuk saya lebih baik. Baru saya faham " Allah turunkan sesuatu kepada kita itu pastinya, TERBAIK untuk kita, SELAYAKNYA kita terima dan TEPAT pada masanya.

Wednesday, 23 August 2017

Kemerdekaan ke 60

31 OGOS 1957- HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA

Tanggal 31 bulan 8, hari yang semua pakat amik perhati. 
*Cuti Umum
*Tengok bunga api
*Sambutan Ambang Merdeka
*Konvoi jelajah merdeka
*Peraduan dan acara bertema merdeka
*Merdeka Walk kibaran jalur gemilang
*dan banyak lg

#hari merdeka keta aku wat hal😓

Thursday, 27 July 2017

BULAN 7

Pejam celik pejam celik dh ada dlm bulan 7, pasni masuk bulan 8 pulak, keje masih lg barai. x tau hala tuju. Keje macam2. Abis keje org aku pulun. Gaji tetap x cukup. Haishhhh...  #bilabolehjadipegawai

Monday, 2 January 2017

Hari Pertama Ke Sekolah

01.01.2017 - Hari pertama sesi persekolahan.. ingin aku mencoret sedikit pasal kesibukan di bulan Januari. 

Hari pertama persekolahan anak aku ke sekolah tadika 4 tahun, punyalah x boleh nk tinggal. jauh sikit dh mula nangis. kata orang mula2 memang mcm tu. so kene la sabar melayan karenah anak. pandailah cikgu die handle.

Di pejabat lak aku x berapa bz sgt, tp still kene ada di pejabat setiap masa takut ada parent yg nk tukar anak sekolah, aku la yg urus. Masa lapang gni la aku blh online, coret ckit lam blog ni, biar berseri ckit. dh lama bergerak blog ni. Hampir berkarat dh blog nih...

Lepas keje pulak kene main ngan anak lak, nok pujuk die utk pergi sekolah esok, luang masa bersama anak. seharian die di sekolah mesti rindu pd ayah ibu. So masa aku terisi dgn padat.

#Aku Still Sibuk - Mencari Rezeki Sesuap Nasik

Thursday, 3 November 2016

Masa Bergerak Pantas

Hari demi hari masa laju je rasa, taun depan dah ada umah sendiri, kewangan pun dah makin semput. Rasa nk cari kerja luar.. - ada kerja sambilan ke gua musang

Monday, 29 August 2016

Kekangan Hidup

Aku masih lagi sibuk, pepagi lg dh sibuk menyetting internet. YTL dh start sekat penggunaan internet, tp aku masih boleh guna jalan belakang, haha   -cikgu sound aku, kenapa x blh online phone#@$%^&

Tuesday, 16 August 2016

Masih sibuk

 Perubahan demi perubahan, keje belambak, sibuk memanjang, kejar masa, pikiran bergerak laju, tu la rutim harian aku. Di rumah@tempat keje, aku masih sibuk. bila nak abis kijo nih

Kembali mencoret

16 Ogos 2016 - Aku kembali mencoret setelah sekian lama menyepi. Dh dua tahun aku x peduli pasal blog ni. Sibuk menguruskan rumah tangga. Pasword pun hampir lupa. Putaran hidup kian berubah

Tuesday, 4 March 2014

update lg..

Sekian lama menyepi, sibuk menguruskan rumah tangga.. kini update kembali.. hidup bizi setiap hari.. duit banyak keluar, masa x sempat nk kejar, tidur x berapa cantik, tu la yang aku sering alami sekarang, dalam kepala tgh duk pk bila nk pegi bercuti..

Wednesday, 8 January 2014

Tahun Baru

Permulaan tahun baru, macam2 keje aku wat, amik gambar budak sekolah yg daftar, pasang komputer, tolong cikgu photostat kertas, keje dh mcm kelam kabut, badan asik berpeluh je, ape2 pun ni baru permulaan tahun baru, Selamat Tahun Baru semua..

Monday, 9 December 2013

Muhasabah Diri

Kadang2 terpikir mcm mane nk munasabah diri ini, nk tenangkan fikiran ni, duit banyak kuar dr masuk, nk sgt tambah pendapatan, tp x nampak lubang atau peluang, fikiran ni terus berjalan untuk terus menafsir apa yg patut di lakukan untuk tambah pendapatan ni, Masalah duit melanda diri.

Disember 2013

Bulan Disember, hujung penutup tahun 2013, dalam bulan ni mcm yang jd, buat aku x suka, juga ujian dan dugaan. Tp aku still boleh handle benda2 mcm nih, antaranya masalah yang timbul berpunca drp :
i. Gaji aku bulan 11 dh abis digunakan dalam masa 3 hari.
ii. Nak tunggu gaji bulan 12 bukan main siksa.
iii. gaji bulan 12 awal. Nak sampai gaji bulan 1 memang perit la tunggu.
iv. ASB dh banyak keluar duit.. makin sikit.

Monday, 2 September 2013

2 September 2013

KEJE - ari nih aku keje dengan keadaan lorat, meja bersepah, kepala kusut, tangan x cukup nk raba keje2, kaki x tau nk langkah ke mana. esok nk balik kg, sume jd lorat... - semangat nk balik kg