#diari gigih bekerja
#diari gigih bekerja
Kadang-kadang nya mari time letih, tp still keje demi tanggungjawab. Dengan harapan utk bahagiakan insan istimewa di rumah. Semoga ada keberkatan disebalik keje buat ambo.
Hidup aku sekarang... pergi kerja, balik kerja, ulang hari yang sama, dalam rutin yang tak banyak berubah. Namun dalam diam.. ada impian yang aku simpan, yang aku kejar perlahan-lahan, walau langkah terasa berat dan perlahan. Ya Allah.. permudahkanlah segala urusanku, kuatkan aku untuk terus berusaha, agar impian itu satu hari menjadi nyata. Amin...
#luahan seorang ketua keluarga..
Sari dua ni keje kelam kabut, kiri kanan depan belakang tak tau nk cekau yang mana. Dengan dunia yang bnyak cabaran ni kadang2 hampir down. Lagu.. Gemini si samad jadi peneman utk kuatkan semangat. Ape2 pun jadual full, keje berpeluh, balik mandi, outstation, panjat tangga sana sini, dokumen tugas, dll tugasan. Barai bohh..
#keje x pernah abis..
19.04.2026 - Dalam kesibukan mencari tarikh sesuai utk ke SK Pulat (pemantauan), tetiba bos aku minta aku utk ke sekolah berkenaan awal lg, katanya iring pegawai atasan tengok sekolah, aku akur dgn tugasan diberi. Dalam pelaksanaan ada beberapa perkara yang x best dan ada jgk yang best. Yg x best nya masa nak naik Hilux bersama dgn org atasan, kena goncang dek hilux, kena soal mcm2, tp ape yang best aku dpt pengalaman baru tgk sekolah baru. Dalam kepala dah mcm2 pikir.. tarik network la jawabnya..
#tambah keje la aku pahni
Bila mari masa xde kijaan, kepala otak aku dah mula barai.. gelisah x tentu arah, kepala duk pikir keje ape yang nk create. Pandang kiri kanan takut perasan dek org lalu lalang. Risau nanti org pikir makan gaji buta.
#Luahan penjaga kaunter
#Main asap satey pagi ni
11.04.2026- Sekolah anak ada buat Mesorat Agung PIBG, ambo mari sore jah sbb ore rumah bizi settle kijoan rumah. Mula pukul 9.00pg balik 3.30ptg, gini la demi ank. Bnyak nasihat dorongan ambo bg pada ank sulung kesayangan. Maklumlah tgh "homesick" lagi duduk asrama. Ape2 pun gini la tanggungjawab..
#kena kuat demi anak
Tangan dh mula nk petik keyboard untuk ungkap kisah-kisah seharian. Dan hari ni adalah penghujung minggu khamis, dalam kepala esok dah cuti..
#Walau cuti pun aku still membizi..argh..
Last 2022, kembali mencoret.. idea xde sgt, cuma x nk bg kisah ni berenti setakat nih.. ape2 pun.. kita cuba update sekat mampu.. bnyak kene belajar semula sbb dashboard dah nampak lain. Dulu bercerita tentang diri sebelum berumah tangga, skrg dh mula sibuk.. masa kian berlalu... tunggu coretan seterusnya pulak..